Tuesday, October 12, 2010

Proton Inspira Bakal Dilancarkan

Proton Inspira, itulah nama yang dikhabarkan dikebanyakan laman web dan blog automotif kepada model terkini yang bakal menggantikan Proton Waja. Model menarik ini bakal dipasarkan dengan harga sekitar RM80,000 sehingga RM95,000 mengikut kapasiti enjin.

Proton Inspira ini dibekalkan dengan 3 varian enjin MIVEC iaitu model 1.8 liter bertransmisi manual dan automatik serta 2.0 liter dengan transmisi automatik. Model yang diberi nama kod P3-90A ini bakal dibuka tempahannya bermula Khamis, 14 Oktober 2010, dan bakal dilancarkan di sekitar bulan November 2010.

Seperti yang difahamkan, model ini merupakan model 'salinan' dari model Mitsubishi Lancer 2.0 GT atau Lancer EX. Lebih menarik apabila diberikan sentuhan 'tiger wing' pada kelainan rekabentuk bumper dan bodykit, serta talaan pada sistem suspensi dengan 'ride and handling' dari Lotus. Ini menjadikan ia model sedan yang istimewa dan menarik.


No comments:

Post a Comment