Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Satria Neo R3 Edisi Terhad (2011)

PROTON BAKAL MELANCARKAN
VARIAN TERKINI SATRIA NEO

Satria Neo sangat sinonim dengan ciri-ciri sporty, dan pelbagai varian telah dikeluarkan. Dari model asas, ke model Neo CPS sehinggalah Neo R3 Lotus Racing. Kini dengan keluaran edisi terhad, Proton sekali lagi memperkenalkan varian terkini model hatchback-nya, Satria Neo R3.

Model yang dipertingkatkan ini dijana dengan enjin Campro 1.6 liter yang dinaiktaraf ke Peringkat 2 dan mampu memberikan output sehingga 145bhp pada 7000rpm, dengan tork sehingga 168Nm pada 5000rpm. Ditawarkan dengan warna ekslusif "Fire Red" dengan bumbung berwarna hitam, ia hanya dikeluarkan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Ciri-ciri yang ditawarkan:
  • sistem air intake dengan carbon fiber
  • sistem ekzos berprestasi aliran tinggi
  • brake pads berprestasi tinggi
  • aluminium camshaft pulley bolehlaras
  • peningkatan pemanduan dan pengendalian
  • R3 springs berprestasi
  • beg udara berkembar
  • anti-lock braking system (ABS) dan electronic brake distribution (EBD)
  • rim aloi 16 inci edisi R3
  • tayar Bridgestone Potenza RE001R 205/45 series
  • CPS bodykit yang direkabentuk semula dan dipadankan dengan spoiler
  • lip pada bumper depan
  • fender arches danide strips/mouldings berwarna
Kemasan ruang dalaman:
  • ciri kabin yang skim dua warna, merah dan hitam
  • tempat duduk bucket R3 edisi terhad dengan kemasan kulit nappa, microfibre dan kesan carbon beserta jahitan merah yang terperinci
  • kemasan warna merah pada dashboard, konsol gear, handbrake handle dan karpet lantai R3.
  • pedal kaki aluminium
  • gear knob yang bergaya dan sporty
  • butang START (engine start button)
  • sistem audio 2-Din dengan navigasi GPS 3D
Dijual dengan harga RM79,797 dan yuran tempahan sebanyak RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran model terbaru itu nanti.

Friday, December 31, 2010

Festival Proton 1Malaysia

Saya baru sahaja pulang dari Shah Alam dan sempat ke Festival Proton 1Malaysia di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, Selangor. Ketika saya berada di sana, pihak pengurusan sedang sibuk membuat persiapan, samada dari segi ruang pameran, ruang letak kereta, pentas persembahan dan keselamatan. Saya dibenarkan masuk dan sempat mengambil beberapa foto, walaupun festival belum bermula.

Terdapat beberapa model konsep Proton dan Lotus dipamerkan seperti Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Lekiu, EMAS, Lotus City, Saga dan Exora EV. Selain itu, model Satria Neo R3 Lotus Racing, Lotus Evora, dan beberapa model hasil kerja dari pekerja Proton juga turut dipamerkan. Foto-foto yang saya sediakan ini diambil sekitar jam 5 petang, iaitu 3 jam sebelum festival sebenar dibuka kepada umum.

Dikhabarkan festival akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Ini juga sempena menyambut kedatangan tahun baru 2011. Diharapkan usaha Proton mengadakan festival seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Proton dan pengguna, serta berkongsi beberapa maklumat terkini dan mendedahkan pengguna tentang teknologi terkini dari Proton. Syabas!

Wednesday, December 15, 2010

Proton Lancar Saga FL

Rabu, 15 Disember 2010 - Proton sekali lagi memperkenalkan model yang dinaiktaraf pada hari ini, setelah menaiktaraf model Persona dan Exora. Saga FL telah dilancarkan dengan menampilkan 'wajah' baru! Sentuhan rekabentuk terkini, pasti menjadikan model ini tampak lebih elegan dan sesuai dengan citarasa kini.


Antara perubahan fizikal yang dibuat adalah:
  • Grille hadapan baru.
  • Lampu hadapan baru.
  • Bumper hadapan yang menarik.
  • Lampu kabus (fog light).
  • Garisan pada hood yang baru dan tampak luas.
  • Cermin sisi baru dengan lampu isyarat membelok LED.
  • Rekabentuk rim aloi yang baru.
  • Lampu belakang LED.
  • Spoiler yang bergaya.
  • Bumper belakang baru dengan reflector dan muffler cutter.

Ciri-ciri lain:
  • Stereng yang dilengkapi butang audio.
  • Sistem audio Clarion dilengkapi USB dan AUX.
  • Power windows di setiap 4 pintu.
  • Pelaras ketinggian tempat duduk.
  • Sensor undur.
  • Immobilizer.
  • Beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan.
Harga:
  • Standard (M/T) - RM37, 998
  • Standard (A/T) - RM40, 998
  • Executive (M/T) - RM40, 698
  • Executive (A/T) - RM43, 298

Tuesday, December 14, 2010

KLIMS'10 - Proton Pamer Model Berteknologi

Selain 5 model konsep yang terdiri daripada Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu, Proton juga turut mempamerkan beberapa model mereka yang telah menempa nama dengan memperkenalkan teknologi tersendiri seperti model R3, kenderaan elektrik (EV), kenderaan hibrid, dan juga beberapa model terkini dari Lotus. Jom kita layan beberapa foto yang sempat saya ambil ketika berada di KLIMS 2010.

Proton Emas (Hybrid):

Proton Exora EV:


Proton Saga EV:


Proton Satria Neo R3 Concept:


Satria S2000 (Rally):


Lotus Esprit:


Lotus City:


Friday, December 10, 2010

KLIMS'10 - Proton Perkenal 5 Model Konsep

Proton Perkenal 5 'Pahlawan'

Dengan menggunakan hampir 1, 520 meter persegi dari jumlah keluasan ruang pameran di Dewan Razak, Proton dan Lotus mengambil peluang dengan keluasan tersebut untuk mempamerkan beberapa model keluarannya dan juga model konsep. Antara model keluaran yang terdapat di sana adalah Exora, Persona Elegance, Inspira (2.0P), dan Satria Neo CPS. Manakala model konsep yang diperkenalkan antaranya adalah Satria Neo R3 Concept, Saga EV, Exora EV, EMAS. Tidak terkecuali beberapa model keluaran Lotus.

Antara yang mendapat sambutan, sudah tentu 5 buah model konsep Proton yang terdiri daripada Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Manakala Lotus pula memperkenalkan model City dan Esprit.

Proton Tuah:
Konsep yang diperkenalkan adalah sebuah sedan salun yang bergaya dan sporty. Diinspirasikan dari rekabentuk nautika dan aeronautika, serta seimbang dengan kefungsian dan mempunyai nilai-nilai estetika.


Antara ciri-ciri teknikal yang diketengahkan adalah seperti memperkenalkan 'new direction' Proton, bumbung 'photo chromatic glass', lampu kabus LED yang cerah dengan pengurangan penggunaan kuasa, kombinasi lampu belakang yang moden dengan LED, pembuka pintu yang tersembunyi dan cerah yang mudah dilihat dalam keadaan malap atau kurang cahaya, lampu hadapan berfungsi dengan cahaya yang sejajar dengan pergerakan stereng bagi memberikan pemanduan yang dinamik, serta mementingkan aspek keselamatan.

Jom kita layan beberapa lagi model konsep Proton di KLIMS 2010.

Proton Jebat:


Proton Kasturi:


Proton Lekir:


Proton Lekiu:

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira

Proton Inspira - Smart Guys Get It

10 November 2010 - Setelah lama menantikan kemunculan sebenar model terkini Proton, dan hari ini, Proton Inspira telahpun dilancarkan secara rasminya di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam. Dikhabarkan, sejak diperkenalkan kepada umum ketika pra-pelancarannya pada 14 Oktober, model ini telah mendapat tempahan dengan jumlah yang memberangsangkan dan menjadi tumpuan golongan muda.

Didatangkan dengan 3 varian pilihan, 1.8 M, 1.8 CVT dan 2.0 CVT. Inspira dijana dengan enjin DOHC 16V, 4 silinder dengan teknologi MIVEC. Ciri-ciri luarannya sedikit berbeza dari Mitsubishi Lancer EX, terutama pada bahagian hadapan. Dengan sentuhan 'tiger wing' dan rekabentuk 'V', menjadikan Proton Inspira mempunyai identitinya sendiri. Tidak terkecuali pada bahagian belakang. Pada pendapat saya, rekabentuk bahagian belakang menampakkan model ini sporty dan elegan. Ia benar-benar mengagumkan! Terutama pada kemasan 'diffuser'.

Lebih berbaloi, apabila setiap varian memiliki ke semua ciri-ciri keselamatan, berbanding dengan model-model Proto sebelum ini yang hanya menyediakan ciri-ciri keselamatan premium hanya pada model kelas tertinggi (H-line model). Antara ciri-ciri keselamatannya adalah, Dual SRS Airbags, ABS dengan EBD, Sistem Immobilizer, filem keselamatan dan solar pada cermin, Pre-tensioner seatbelt, Sistem ISOFIX (di tempat duduk belakang), Sensor undur, sistem penggera, dan buzzer amaran.

Inspira juga mempunya ciri-ciri menarik yang mampu memberikan nilai terbaik kepada pemiliknya. Antaranya seperti, sistem audio Arkamys (radio, pemain CD dan MP3, serta Blurtooth), tingkap berkuasa dengan anti-perangkap (anti-trap), pelaras cermin sisi elektrik, stereng dengan suis audio dan kawalan auto cruise, kawalan paddle shift, mod sport, kawalan penghawa dingin auto, sensor hujan dan lampu hadapan, bodykit dan pelbagai lagi ciri-ciri yang berbaloi pada model ini.

Terdapat 4 pilihan warna:
Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.

Senarai harga:
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Solid) – RM78,549.00
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Metalik) – RM78,999.00

Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Solid) – RM84,549.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Metalik) – RM84,999.00

Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM91,549.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM91,999.00

Sumber: Arena Kereta, Paultan.

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira Dibuka Untuk Tempahan

Khamis, 14/10/2010 - Proton Holdings Bhd. telah memperkenalkan model sedan terkininya, Inspira, kepada umum hari ini. Model menarik ini dipasarkan dengan harga permulaan sekitar RM79,888 bagi model M-Line dan di bawah RM95,000 bagi model H-Line. Menurut Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model ini bukanlah model gantian Waja, dan pengeluaran model Waja sedang dihentikan.

Pra-pelancaran ini dibuat bagi memperkenalkan Inspira kepada umum, dan bakal dilancarkan sepenuhnya pada 10 November 2010. Dan bermula dari pelancaran awal ini, Inspira dibuka untuk tempahan dengan bayaran hanya RM1,000 sebagai pendahuluan. Didatangkan dengan 2 varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0liter, dengan teknologi MIVEC.

Dipasarkan dengan 4 warna pilihan, Solid White, Genetic Silver, Plum Red dan Tranquillity Black. Proton menawarkan teknologi CVT dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal daripada model Inspira ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Proton Inspira ini bakal menguasai pasaran kereta segmen C, dengan harga yang kompetitif dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Dengan sentuhan kombinasi Proton dan Lotus, model ini bakal memberikan kelainan dan keselesaan pemanduan serta kualiti yang baik.

Info-info panas Inspira:
Menurut sumber lain, model ini bakal menerima perubahan besar, samada di bahagian luaran dan dalaman. Berkemungkinan juga, akan dikeluarkan dalam 2 lagi varian iaitu Special Edition dan model R3. Inspira juga bakal dieksport, sekiranya pasaran model ini stabil, diterima dan mendapat tempat di Malaysia. Memandangkan ia juga antara strategi jangka masa panjang antara Proton dan MMC. Selain itu, dikhabarkan juga model Inspira bakal menggantikan pasaran model sedan Lancer 2.0 GT / Lancer EX, untuk memberi laluan kepada kehadiran model Lancer hatchback dari Mitsubishi.

Tuesday, October 12, 2010

Proton Inspira Bakal Dilancarkan

Proton Inspira, itulah nama yang dikhabarkan dikebanyakan laman web dan blog automotif kepada model terkini yang bakal menggantikan Proton Waja. Model menarik ini bakal dipasarkan dengan harga sekitar RM80,000 sehingga RM95,000 mengikut kapasiti enjin.

Proton Inspira ini dibekalkan dengan 3 varian enjin MIVEC iaitu model 1.8 liter bertransmisi manual dan automatik serta 2.0 liter dengan transmisi automatik. Model yang diberi nama kod P3-90A ini bakal dibuka tempahannya bermula Khamis, 14 Oktober 2010, dan bakal dilancarkan di sekitar bulan November 2010.

Seperti yang difahamkan, model ini merupakan model 'salinan' dari model Mitsubishi Lancer 2.0 GT atau Lancer EX. Lebih menarik apabila diberikan sentuhan 'tiger wing' pada kelainan rekabentuk bumper dan bodykit, serta talaan pada sistem suspensi dengan 'ride and handling' dari Lotus. Ini menjadikan ia model sedan yang istimewa dan menarik.


Friday, September 3, 2010

Terkini: Proton Waja (Lancer) di Buletin Utama

Tahniah kepada pihak TV3 yang telah cuba membongkar sedikit rahsia rekabentuk model gantian Proton Waja. Foto-foto yang saya peroleh dari laman blog Syed Mohd Adib, sempat diambil oleh beliau melalui Buletin Utama tadi.

Kredit untuk: Blog Syed Mohd Adib.