Sunday, August 15, 2010

Modenas Elegan 200


Awal Ogos 2010, kita telah diperkenalkan satu lagi model baru (atau dipertingkatkan) dari Modenas. Model yang dimaksudkan, Modenas Elegan 200. Seperti yang kita tahu, model Elegan merupakan antara skuter berkualiti tinggi dan mempunyai peminatnya tersendiri. Elegan 200 ini didatangkan dengan gaya dan kemasan baru. Ia dilengkapi enjin 4 lejang berkapasiti 175cc, sistem penyejukan cecair dan silinder bersadur seramik Ni-Si untuk prestasi yang mengagumkan.


Spesifikasi Modenas Elegan 200:

Enjin
- Type: 4-T/SN175J
- Bore X Stroke: 61.0 X 58.6
- Displacement: 171.2 cubic cm
- Compression Ratio: 10:01
- Carburetor: KEIHIN CVK
- Ignition System: CDI
- Starting System: Kick & Electric Starter
- Cooling System: Liquid Cooler
- Fuel Tank Capacity: 7.6 L
- Fuel Consumption: 36.0 km/L @ 50 km/h

Transmisi
- Type: C.V.T Speed Auto Change
- Clutch: Centrifugal

Sistem Elektrik
- Battery: 12V 8Ah

Model ini didatangkan dengan 3 warna pilihan, iaitu Putih, Hitam dan Merah disertakan hiasan grafik yang bergaya. Modenas menyasarkan jualan sebanyak 300 unit Elegan 200 ini dalam masa sebulan. Skuter menarik ini dipasarkan dengan harga RM8,500 (dual starter - tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

No comments:

Post a Comment